Sunday, 8 June 2014

Kerana Dia.. Seorang Sahabat.

Nadia memandang tepat si sahabat yang sedang meneguk air sambil menundukkan kepala. Dia cuba menghelakan nafas, menjedakan perbualan. Bukan dia taktau apa yang kawannya itu sedang lalui tapi dia juga tahu yang Syu itu bukan sifat dia untuk bagitahu segala masalah dia. 'Syu, kau okay tak nie? Aku tahu lagi dua hari lagi kau nak balik sana tanpa aku. Tanpa kawan-kawan kita yang lain. Aku tahu kat hati kau tu tengah tak okay kan? Cuba kau lepaskan kat aku. Mana tau kurang sikit beban kau kan?". Pujuk Nadia. Syuhada hanya tersenyum dan kembali menyedut minuman kembali. Nadia hanya mampu menggelengkan kepala. Dia tahu Syuhada tengah berusaha untuk sembunyikan perasaan sedih dia.
"Nak buat macam mana nad. Apapun yang jadi, aku kena teruskan juga hidup. Walaupun perit pun sekali jalan yang aku kena hadap tu." Ujar Syuhada bersahaja.
"Ye, aku tahu tu. Tapi at least kongsi dengan aku. Kita kan kawan. Apa gunanya aku kalau aku tak dapat nak kongsi sedih kau? Aku nak sama-sama masa kau happy masa kau sedih." Tekan Nadia.
"Aku okay nad." Ujar Syuhada melepaskan pandang ke arah manusia yang berpusu-pusu di Masjid Jamek. Syuhada tahu hakikat yang dia akan bersendirian tanpa ditemani Nadia untuk teruskan pelajaran di UMT setelah dia mengambil keputusan untuk menambah semester untuk memperbaiki pointer dan juga sebenarnya dia tidak mampu untuk belajar dengan subjek yang terlampau banyak. Dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk menambah lagi dua semester walaupun sebenarnya dia tak sanggup.
"Jom nad. Dah lewat dah nie. Kang kau lambat, aku juga yang kena."
"Ngelat taknak cerita laa tu. Sukahati la syu. Tapi kalau kau dah ready nak cerita. Kau tau kau selalu ada aku kan." Nad memegang erat bahu sahabat yang paling disayanginya itu. Walaupun antara dia dan Syuhada tidaklah serapat geng serumah semasa di UMT namun Syuhada laa salah seorang sahabat yang sentiasa mendengar segala masalah yang dia hadapi. Jadi, semestinya dia tidak mahu melihat syuhada bersedih.
Bersambung