Nadia memandang tepat si sahabat yang sedang meneguk air sambil menundukkan kepala. Dia cuba menghelakan nafas, menjedakan perbualan. Bukan dia taktau apa yang kawannya itu sedang lalui tapi dia juga tahu yang Syu itu bukan sifat dia untuk bagitahu segala masalah dia. 'Syu, kau okay tak nie? Aku tahu lagi dua hari lagi kau nak balik sana tanpa aku. Tanpa kawan-kawan kita yang lain. Aku tahu kat hati kau tu tengah tak okay kan? Cuba kau lepaskan kat aku. Mana tau kurang sikit beban kau kan?". Pujuk Nadia. Syuhada hanya tersenyum dan kembali menyedut minuman kembali. Nadia hanya mampu menggelengkan kepala. Dia tahu Syuhada tengah berusaha untuk sembunyikan perasaan sedih dia.
"Nak buat macam mana nad. Apapun yang jadi, aku kena teruskan juga hidup. Walaupun perit pun sekali jalan yang aku kena hadap tu." Ujar Syuhada bersahaja.
"Ye, aku tahu tu. Tapi at least kongsi dengan aku. Kita kan kawan. Apa gunanya aku kalau aku tak dapat nak kongsi sedih kau? Aku nak sama-sama masa kau happy masa kau sedih." Tekan Nadia.
"Aku okay nad." Ujar Syuhada melepaskan pandang ke arah manusia yang berpusu-pusu di Masjid Jamek. Syuhada tahu hakikat yang dia akan bersendirian tanpa ditemani Nadia untuk teruskan pelajaran di UMT setelah dia mengambil keputusan untuk menambah semester untuk memperbaiki pointer dan juga sebenarnya dia tidak mampu untuk belajar dengan subjek yang terlampau banyak. Dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk menambah lagi dua semester walaupun sebenarnya dia tak sanggup.
"Jom nad. Dah lewat dah nie. Kang kau lambat, aku juga yang kena."
"Ngelat taknak cerita laa tu. Sukahati la syu. Tapi kalau kau dah ready nak cerita. Kau tau kau selalu ada aku kan." Nad memegang erat bahu sahabat yang paling disayanginya itu. Walaupun antara dia dan Syuhada tidaklah serapat geng serumah semasa di UMT namun Syuhada laa salah seorang sahabat yang sentiasa mendengar segala masalah yang dia hadapi. Jadi, semestinya dia tidak mahu melihat syuhada bersedih.
Bersambung
~Broken Angel~
Life is filled with smiles, happiness, tears and pain. You know the best part about it? Allah is always with you every step of the way.
Sunday, 8 June 2014
Kerana Dia.. Seorang Sahabat.
Well.. This is my blog.. My blog ? Hehhh? Taktau okay nak buat gapo dio dgn mende alah nie... Lalalala.. Be nice.. Be good.. Hard times come easy ehh ?
Friday, 20 December 2013
Kisah Itu Kisah Siapa?
Malam nie seperti biasa study group kami. Pukul 8.25 sharp aku turun. Pergi cari anak2 kucing ke bapak2 kucing nak bagi makan. Selesai bagi makan kat kucing yang kedekut nak sharing caring nie, aku pandang jam. Alamak! Lambat dah. Berlari anak aku menuju ke cafe. Terpandang tabung derma Syria. Aku helakan nafas. Berat. Allah, aku ingin berada ditempat mereka yang syahid di jalanMu tapi aku takut aku tak mampu. Tangan diseluk ke dalam poket. Duit yang dari sejak bile ntah ada dalam poket tu. Dah di washing machine dah seluar tu. Pelupa! Aku masukkan dalam tabung. Dengan harapan duit ini dapat membantu mereka. Tapi,hmmphh. Lantas aku mengatur langkah ke arah kedai runcit di luar asrama. Tempat biasa menunggu. Tersenyum. Naufhal. Asyik muka dia nie jela yang awal. Asal aku menganjing je,jawapan dia tetap sama "Masa tu kan emas,mana boleh membazir. Emas mahal dah". Cehh,perli la tu. Sementara tunggu lagi tiga orang tu,aku bergerak pergi ke kedai runcit mencari apa yang perlu. Redbull less sugar aku capai. Nie semua kes assignment tak siap. Terpaksalah stay up malam nanti. Hanim, Tiqah dan Mira lalu sampai. "Jom blah" jerit hanim. Kami beriringan menuju ke library. Tin redbull dibuka. Belum sempat aku teguk,Tiqah bersuara bertanya sesuatu padaku. "Status hang tadi pasai apa ha? Curious pulak aku nak tau. Hang ka yang buat ayat tu? Macam susah nak caye je?". Eh? Nasib aku tak teguk lagi.Kalau tak,ada yang basah kena sembur dengan redbull+air liur. Tak agak2 dia nie nak tanya. Direct sungguh! Aku sengih je. " Hahaha. Ntah?". Aku sengih. "Kalau kau rasa itu aku yang buat. So betul la aku buat. Kalau kau rasa aku copy paste ayat orang lain,betul la tu." selamba aku balas. Entah. Aku tak suka terus terang dengan benda yang aku buat. "Hang nie. Main-main pulak. Hang cakap la kat kami pasaipa." Aku jongket bahu. "Suka hati hang la" . Aku ketawa sambil gelengkan kepala.
Bila teringatkan perbualan aku dengan Tiqah, aku teringatkan 'dia'. Sesaat aku terasa nafas seperti disekat. Bukan mudah. 'Kisah' yang aku cuba sembunyikan dari semua orang. Saat aku cuba untuk bagitahu 'dia' yang aku sangat percayai, reaksi dia mengecewakan aku. Tu baru aku bagi hint kisah tu menakutkan ke tak. Kalau aku cerita full. Agaknya memang tak akan contact sampai sekarang kot. Kot la. Heee. Aku lemparkan pandangan keatas. Harinie tak nampak pulak bulan purnama yang cantik molek tu. Hmphh.. Aku cuba senyum. Payah. Kenapa eh orang yang selalu je pandang rendah dengan orang yang ada masalah akhlak dan sebagainya yang boleh dikatakan teruklah. Susah nak telan kenyataan tu tapi kenalah jugak. Mereka tak tahu punca sebab dan kenapa semua itu berlaku. Yang mereka tahu "aku pun macam kau jugak tapi takdelah nak buat apa yang kau buat." Aku siapa? Dan kau siapa? Cuba kau pakai kasut aku. Sama? Sempit tak? Ke luas terlebih? Aku meraup muka. Kenapa susah untuk memahami? Dan kenapa susah untuk difahami? Kenapa memilih untuk melangkah pergi sedangkan kau berpeluang untuk mengenggam tangan dan memimpin? Earphone disumbat. You gotta be beralun. All i know all i know,love will save the day. Love will save the day? Berulang ayat tu didalam hati.Sengih. Yela sangat save the day. Love ke hatred? Jam ditangan dijeling sekilas. Dah lambat. Langkah diperlajukan. "Allah bantulah kuatkan hati ini.".
Well.. This is my blog.. My blog ? Hehhh? Taktau okay nak buat gapo dio dgn mende alah nie... Lalalala.. Be nice.. Be good.. Hard times come easy ehh ?
Subscribe to:
Posts (Atom)